Feb
27
    
Posted (admin) in Kelas Facial on February-27-2008

Misi Utama Sebagai Perunding Kecantikan Marykay adalah ENRICHING WOMEN’S LIVE

Sangat mudah bukan,guna dan rasai sendiri produk MaryKay dan selepas itu hanya berkongsi dengan orang disekeliling tentang kehebatan produk MaryKay.. Itulah yang kami lakukan dengan mengadakan kelas facial dan makeup simple untuk sesiapa yang ingin mencuba serta mahu mendapatkan tips-tips penjagaan wajah yang betul dari Perunding Kecantikan MaryKay.

Jadual Kelas Facial akan diupdate dari masa ke semasa.. Jika anda berminat untuk menjemput kami dan sanggup menjadi tuan rumah,kami tidak akan mengenakan sebarang bayaran cuma pastikan anda menjemput minimum 10 orang rakan-rakan,jiran atau sedara mara. Dan yang pasti ada hadiah yang istimewa untuk anda sebagai tuan rumah applause



 
Feb
27
    
Posted (admin) in Kelas Make-Up on February-27-2008

Visi Nurul Shukor Hair & Beauty Salon adalah terbaik, professional dan kualiti. Nurul Shukor adalah salah seorang mekap artis yang berbakat dan terkenal di Malaysia kala ini dan telah berkecimpung dalam bidang ini hampir dua dekad telah aktif sebagai jurusolek beberapa tahun lepas untuk majalah, pertunjukkan fesyen,konsert dan muzik video. Kejayaannya ini telah membawanya ke beberapa negara termasuk Singapura, Indonesia, Brunei, Jepun dan Amerika Syarikat.

Sebagai jurusolek professional, adalah menjadi satu kebanggaan apabila pelanggannya berpuashati dengan khidmatnya. Beliau percaya kejayaan seseorang itu adalah dari hasil dan kesungguhan individu itu sendiri dan beliau percaya, “TO SEE BEAUTY IN THINGS AND TO SEE THINGS BEAUTIFULLY”

Semua orang sebaik mungkin ingin kelihatan cantik, oleh itu Nurul Shukor cuba memberi keyakinan kepada pelanggan-pelanggan melalui kepakarannya dan pengalaman yang hampir 20 tahun ini untuk kelihatan cantik dari luar dan dalam.