Visi Nurul Shukor Hair & Beauty Salon adalah terbaik, professional dan kualiti. Nurul Shukor adalah salah seorang mekap artis yang berbakat dan terkenal di Malaysia kala ini dan telah berkecimpung dalam bidang ini hampir dua dekad telah aktif sebagai jurusolek beberapa tahun lepas untuk majalah, pertunjukkan fesyen,konsert dan muzik video. Kejayaannya ini telah membawanya ke beberapa negara termasuk Singapura, Indonesia, Brunei, Jepun dan Amerika Syarikat.
Sebagai jurusolek professional, adalah menjadi satu kebanggaan apabila pelanggannya berpuashati dengan khidmatnya. Beliau percaya kejayaan seseorang itu adalah dari hasil dan kesungguhan individu itu sendiri dan beliau percaya, “TO SEE BEAUTY IN THINGS AND TO SEE THINGS BEAUTIFULLY”
Semua orang sebaik mungkin ingin kelihatan cantik, oleh itu Nurul Shukor cuba memberi keyakinan kepada pelanggan-pelanggan melalui kepakarannya dan pengalaman yang hampir 20 tahun ini untuk kelihatan cantik dari luar dan dalam.



